ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 27 Ogos 2013

Usaha Sampingan

Salam sejahtera,

1st time jumpa gynae awal Mei lepas, my gynae just anggap i is normal. After test hormon ari tue terus di cop as PCOS lepas hormon kelelakianku tinggi. That mean my hormon tak balance la selain period cycle yang tak tentu nie. Dolu-dolu zaman anak dara suka tak peod, renyah la kan... Nak tukar pad lagi, nak mandi-mandi pun susah. Lagi nak gie camping, sebab i suka sangat camping. Now, hambik kau... susah nak dapat anak pulak.

Tapi walaupun i PCOS tapi i tak diketogarikan gemuk. Serius i underweight. BMI under 18.5. I kena tambah lagi 4 kilogram. Terlalu kurung pun salah satu faktor PCOS tau. Body tak cukup zat nak hasilkan hormon-hormon yang baik untuk puan rahim nie. Selain ikut semua rawatan yang my gynae buat khas untuk i and my bucuk so kena la ada usaha sampingan kan.

Keazaman kali nie adalah nak tambah berat badan secara sihat. Tambahkan ilmu pengetahuan dengan ilmu diet. Kalau tak PCOS ade aku kisah....Hahaha, itu la hikmahnya... Allah nak kita lebih berpengetahuan dengan banyak membaca. Sebabnya semua berkait rapat. Nasibla i nie memang minat Biologi since sekolah menengah dulu. Cita-cita dolu-dolu nak jadi doktor tapi tak jadi lak. Belajar jadi doktor bangunan tapi kojenye lain plak. Dah rejekikan...

Berat Badan sekarang = 38 kg
Tinggi =149 cm
BMI= 18 <18.5 (under weight) 
Berat ideal = 42 kg (+ 4 kg)

Cara-cara nak tambah berat badan

Jadual makan

7.40 am =  Susu (1 gelas) + Kismis (9 biji) Selalu ambik segenggam... Ambik kau pelahap
8.30 am =  Bihun/mee/kuetiaw goreng + air suam
1.00 tghari = Sepinggang nasi (nasi+ sayur+ikan/ayam/daging) kena tambah kuantiti protein or nasi
4.00 ptg = Sandwich/ Sup/ keropok lekor
8.00 mlm = Dinner (Nasi+sayurikan/ayam/daging) kena tambah kuantiti protein or nasi
10.00 mlm = Biskut oat + Teh O

Bersenam

Sebenarnya kerja i nie memang kena banyak jalan. lagi-lagi asrama yang i jaga nie ada 4 tingkat + 3 blok. So hari-hari i kena naik satu blok sampai 4 tingkat untuk untuk buat pemantauan. Belum lagi iringi juruteknik untuk baiki kerosakan lagi. Kadang-Kadang sampai 4 kali ulang alik benda yang sama. So i jadi sangat letih dan kurang selera makan.

Ok x diet nie or kena tambah???? Kena betulkan ke??? Kena cari pakar pemakanan nie.


2 ulasan:

  1. sis pun kurus. nak kena tambah berat badan jugak ni
    nak baby jugak :)

    BalasPadam