ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 25 Ogos 2013

Cerita Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Salam sejahtera...

Korang jangan terkejut tgk tajuk entry nie kali. hahaha teserlah kemalasan tahap gaban nak tulis blog. Tapi Cek Ya akan sedaya upaya memendekan cerita. Ambil isi-isi pentingnya ajer. Kira macam buat rumusan tuela. Tak ble lebih 120 patah perkataan.( Yeke??)

Jumaat 

Selepas episod sedih sedih pasal PCOS tuekan. Sebenarnya doktor xconfirm lagi PCOS cuma berdasarkan hormon test tue jerkan. Tapi tak bermakna PCOS nie x leh dapat zuriat sendiri. Ramai jer yang PCOS de anak gak. Cuma asbab yang boleh di usahakan... Cayok2!!. Jumaat lepas tempat kerja Cek Ya de buat Jamuan hari raya dan Majlis APC skali. Tahun nie rezeki buat kawan Cek Ya Kak Izra pulak dapat APC. Bukan dia sorang tapi de ramai lagi, nie antara yang rapat dengan Cek Ya la. Kak Izra nie pun TTC mcm Cek Ya gak. Dia 4 tahun ber TTC. So duk borak2 sambil hias dewan kami pun duk sembang2 pasal TTC. Bukan kita orang berdua jer tapi ber3 termasuk Anis TTCian jugak tapi dia baru masuk 2 tahun. Cerita pasal perkembangan rawatan masing-masing... Cek Ya n Anis nie PCOS, Kak Izra plak tak tau lagi puncanya. Cuma dia nie penghidap diabetis.... Stakat yang dia buat rawatan kat UMRA tue, katannya la x berapa nak best. So kiteorang pun suh la dia sambung kat METRO mana tau ada hasilnya. Sekurang-kurangnya tau punca sebenar. Seronok gak de group TTC kat tmpat kerja nie, kami bagi semangat antara satu sama lain. Lagipun TTC mcm kite orang nie la lebih memahami antara satu sama lagi. Boleh bertukar-tukar infomasi yang kiteorang dapat.... Kalau tak ner la Cek Ya tau dan penah dengar pasal Shaklee kalau bukan Kak Izra yang inform. Ner la Cek Ya nak cari buah zuriat kat Malaysia nie kalau bukan Anis yang tolong belikan kat sempanan Siam nun. Terima kasih kawan-kawan.... Sayang korang ketat-ketat.

Sabtu

Bermula la episod my busuk buat sperm ceck... Alhamdulillah, dia suami yang sangat memahami... Tak pernah mendesak. Sayang awak sangat tau... Untuk cek sperm nie just perlu ambik sempel seprm tue. Ok, rasanya hospital Metro nie antara yang terbaik kot. Sebab dia sediakan tempat yang sangat sesuai dan selesa. Mula-mula mendaftar tue, Cek Ya cakapla yang kiteorang nie dari Metro Banting. Kemudian... tak la tunggu lama sangat dalam 15 minit datang nurse bawa kiteorng kat sebuah bilik. Selepas dia terangkan so dia tinggalkan kiteorng pandai-pandaila kiteorang ambik sempel sperm tue. hahaha.... selebihnya adalah rahsia... Cuma nak bagi tau yang bilik tue sangat selesa, de perabot dan siap dengan tandas dan shower. Next step tunggu result yang diorang faxkan kat Banting. Opss... Sebenarnya lab test nie buat kat Hospital Metro Klang. Sebab Metro Banting tak de kemudahan lab. 

Ahad

Petang tue Cek Ya balik kampung Mak kat Kg Bukit Badung, Batang berjuntai atau nama sekarangnya Bestari Jaya. Sebenarnya dah beraya kat sini mggu lepas. Tapi ambik Mak, Ayah, Ibal n Ain. Sebab khamis kang nak bawa Ibal cek Jantung kat Hosp Serdang. Masuk jer pintu umah mak long lepas bagi salam... Tak dengar pulak dijawab tak salam tue. Tapi terus dengar soalan "G berurut dengan Mbok" What???Ok, siapa Mbok tue. Teringat pulak tukang urut yang sepupu cadang rie tue. Ok mungkin dia kot yang dimaksudkan. Mak aku pulak yang beria-ia. Mestila kan, risau dengan anak dia nie. Cek Ya ok jer tapi hari tue tak ble la. Pukul berapa nak sampai Banting balik... Nie sampai pun dah pukul 4 lebih kot. Cek Ya pun cadang nak pergi next week sambil antar mak balik. Sepupu yang tanya tue pun dulu TTC mcm Cek Ya. So depa lebih memahami. Depa gak la yang beria-ia nak tolong tau. Heaven plak rasanya... Sepupu belah mak ramai gak yang lambat dapat anak. Tapi bila dapat berderet-deret. So bila depa duk kira yang Cek Ya nie baru masuk 3 tahun so depa tak heran sangat sebab rata-rata sepupu yang TTC tue pun 3 or 4 tahun gak baru dapat. Opss depa tak tau yang Cek Ya nie buat rawatan kat Metro. Yang tau cuma, my bucuk (opkos la kan dia penyumbang dana n sperm). Kawan-kawan TTC jer. Dan yang baca blog nie hehehe.

Selingan

Cek Ya dalam keuzuran hari nie hehehe. Smalam dah nampak spot kat underwear tapi Cek Ya kira hari nie 1 st period sebab hari nie baru banyak kuarnya. Period cycle lepas Cek Ya tak ambik clomid jadinya period cyclenya 40 hari.Hari ke 8 jatuh hari Isnin jadinya isnin depan la Cek Ya kne wat Cek tiub tue. Ok la. doakan Cek Ya berjaya dan berhasil. Amin...

2 ulasan:

  1. sama la. nik pun dah nak masuk 4 tahun kawen. tapi tak pi lagi check. tak tahu lagi ada masalah ker tak.

    BalasPadam
  2. Nik tak nk try buat pemeriksaan ke.... skurng2nya kita tau keadaan kita.

    BalasPadam