ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 1 Ogos 2013

Misi Gagal

Salam sejahtera... 
Salam Ramadhan.... Ramadhan dah nak berakhir baru Cek Ya sempat nak taip blog.... Oh...Alhamdulillah cik P datang melawat Cek Ya di hari ke 32 untuk period cycle kali nie. Maksudnya misi gagal lakan... Tak pe, try n try again. Mane tau rezeki untuk kali yg ke 2, 3, 4 .... Rezeki tuekan rahsia Allah.Sekurang-kurangnya duration period cycle Cek Ya kembali normal n pendek. Alhamdulillah.... 
Masa hari cek hormon tempohari, doktor de bagi clomid sekiranya percubaan kali nie gagal. Tapi Cek Ya kata untuk bulan Ramadhan nie Cek Ya nak rehat jab. Sambung lepas raya, so clomid tu Cek Ya akan ambil period cycle lepas raya dan yang pasti en suami kena la buat sperm count masa my 1st day period untuk cycle akan datang.... Mudahan di permudahkan semuanya. 
Tempoh rehat nie termasuklah dengan rawatan tradisional... Tapi kemungkinan besar Cek Ya nak buat rawatan kaedah islam. Selagi tak bertentangan dengan syarak akan Cek Ya usahakan. Insya Allah. De seorang ustaz kat tempat kerja Cek Ya nie sarankan Cek Ya ke Darul Syifa. Mudahan Allah merahmati dan melindungi mereka-mereka yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada Cek Ya. Yang mencaci dan mencerca tue pun Cek Ya doakan kebahagian mereka. Mudahan terbuka pintu hati untuk bertaubat dan dilindungi keluarga mereka daripada ujian yang Allah berikan kepada Cek Ya. 
Mudahan Allah beri kemudahan untuk Cek Ya untuk lebih tenang dan tak mudah stress. Cek Ya akui tempat kerja sekarang agak buat Cek Ya selalu stress. Mestilah ia tak baik untuk emosi n hormon. Rasa macam nak pindah tempat kerja jer. ... "Ya Allah tabahkan hati hambaMu". Mudahan Ramadhan yang bakal berakhir nie membawa seribu rahmat dan sinar baru dalam hidup kita semua... Amin.........

P/s:  Seorang rakan cek Ya yang juga TCC telah berjaya pregnant... Alhamdulillah berkat Ramadhan. Seorang lagi rakan Cek Ya juga TCC mengidap cyst... Moga tabah menghadapi dugaan hidup sayang. Insya Allah de jalannya. Jangan mengalah ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan