ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 6 Ogos 2014

IUI or IVF

Assalamualaikum & Salam sejatera,

10 Syawal 1434H, Selamat hari raya.... Lamanya aku tak update blog nie. Sampai ke tahap aku da lupa kewujudan blog picisan nie. Now mood nak mengudate dah mai, mood berTTC pun semakin membara-bara. Sape kata aku da stop nak berTTC, cuma semangat tue kurang sikit. Sibuk sangat la kununnya.

Aku da bincang dengan suami, lepas raya n pindah umah nanti baru aku nak buat iui semula. Kiranya 2nd IUI lepas kegagalan 1st IUI Nov tahun lepas... Tapi kan lepas dengar BFF aku berjaya IVF. Tetiba aku nak buat IVF terus... Kalau ikutkan perancangan memang aku nak buat IUI dalam 2 or 3 kali kalau tak berjaya baru nak buat IVF. Yela memandangkan IVF nie perlukan pengorbanan masa, fizikal, kewangan n mental yang tinggi. Lagipun umur aku nak cecah angka 30 tahun 2015.

Faktor utama aku nak buat treatment lepas pindah adalah disebabkan umah aku nie tinggi beno. Kena menapak beranak2 tangga baru sampai. Walaupun tinggi 1 jer pun... Aku kan der PCOS so doktor terangkan if aku preggy rahim aku tak cukup kuat. Sebelum nie aku de pergi Darul Syifa, pak ustaz pun tak sarankan aku duk kat umah sekarang. Faktor sejarah tapak tempat nie dulu la puncanya. Apa pun semua tue asbab, segalanya aku berbalik kepada Sang Pencipta, Dia lebih tahu segala2nya. Kita kan disarankan untuk berusaha so nie la salah satu usaha aku n suami.

Aku dalam dilema samaada nak buat IUI or IVF... Aku de masa beberapa bulan lagi nak buat keputusan, kesian plak kat suami aku. Time aku bagi cadangan nak buat IVF tue dia kata kalau buat IVF tak dapat la dia nak cat kete Vios tue. Kesian plak aku dengar, kalau boleh aku tak nak bebankan dia..... Aku tengah berusaha nak kumpul duit masa aku peggy nanti, aku nak guna duit aku sendiri time aku cuti bila dah sah preggy. Aku memang nak cuti dari start peggy sampai bersalin... Aku xmau stress, kesian kat anak aku nanti.

Okla... Nanti aku share supliment yang aku n suami aku ambik sekarang... Cau cincau


Rabu, 12 Februari 2014

IUI Pertama

Salam sejatera...

Sangat2 lama tak taip entry baru kan.... Last taip oktober tahun lepas. Now dah pertengahan Februari 2014. Lama giler kan.

Sebenarnya sepanjang menyepi nie sebabnya malas nak menaip bagai... Banyak sebenarnya usaha2 yang Cek Ya buat untuk TTC nie. Yang paling besar ialah IUI pertama. 30 November 3013, Redha dengan keputusanya. Tidak Berjaya... Cubaan kedua aku akan buat Bulan depan, tunggu jer bila nak period nie. Seperti biasala Hospital Metro Klang tempatnya... Kebetulan date IUI nie hari sabtu so tak yahla ambik cuti tapi aku tetap ambik cuti 3 hari isnin hingga khamis. Sepanjang tempoh 2 minggu sampai dapat keputusan tu. Memang aku tak buat kerja apa pun... Kerja rumah opkos suami yang buat... Aku minta jasa baik bos n kawan opis aku untuk tak banyak bergerak sepanjang 2 minggu nie. Siap cakap kalau positif aku nak ambik cuti sampai bersalin... Nampaknya rezeki aku belum sampai lagi. Tak pe aku redha... Mungkin de hikmahnya, so untuk mengubati kececewaan hati aku pergi bercuti ke Medan pada bulan januari pastu selang 2 minggu pergi Ho chi May City lak... Now bercita2 nak pergi lagi sebab tak puas...Hehehe

Tak bermaksud aku stop dari usaha TTC, lepas period jer bulan Disember tue aku ambik lagi clomid dengan dos yang lebih tinggi... Sebabnya dos biasa masa 1st IUI dulu aku terpaksa ambik clomid 2 kali sebab telur tak menbesar dengan jayanya... Tapi aku period gak on Januari 2014 well bukan rezeki aku. Aku still usaha kali nie aku amalkan minum susu kambing Al Khisbun... Kesannya memang panas badan... Dah macam orang demam so aku kurangkan pengambilan, kalau sebelum nie 2 kali sehari tapi skang sekali jer sehari... Panas sangat pun tak elok untuk badan lagi2 skang nie musim panas terik.

Tengah kumpul kekuatan untuk 2nd IUI plak next cycle period... Berbekalkan pengalaman so lepas nie more carefull dan tak begitu berharap.... Cayok2