ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 20 Ogos 2013

Suprise Call

Salam sejahtera....

Salam syawal ke-13, saje jer tajuknya buat gempak... Sepagi tadi Cek Ya de bengkel kat dalam kolej jer. Biasala menghampiri hujung-hujung tahun nie, kalau orang kerja gomen mesti taukan. Kne buat SKT, cuma kali nie lagi canggih. Tak yah nak membazir kertas kurangkan penebangan pokok. Isi guna sistem jer dalam. HRMIS...Tadi belek gambar kt sistem tue, comel betulla... Zaman sebelum bergelar isteri. Hehehe 
Opsss... Bukan nak cerita pasal bengkel yang menambah ilmu pengetahuan tue. Tapi dapat suprise call dari Hospital Metro. Tanya my busuk dah wat spermcount belum? hahaha. Disebabkan hospital Metro cawangan Banting nie tak de kepakaran & alatannya so kne wat kat HQ hospital nie kat Klang. Skali nurse tue tanya nape tak wat lagi... Terpaksa berbisik-bisik cakap yang tak peod lagi. Kehkehkeh... Alahai, dah la jiran-jiran sebelah pc nie anak-anak teruna lagi. Malu la iols tau....... 
For this month, Cek Ya dah miss 7 hari masuk hari nie. Masa bulan pose rie tue 15 hb Jully date 1st period. Kalau tak period juga sampai isnin nanti Cek Ya kne g jumpa doktor isnin nanti. Terkejut gak... bila dapat call macam nie. Nampak prihatin la doktor yang rawat Cek Ya tue. Nurse tue call disebabkan doktor yg remind untuk ingatkan patient and nak tau keadaan patient. Terharu gak, slalunya orang yang tanya nie... Soalan yang menyentap perasaan. Opss tak baik tau Cek Ya nie.
And than, masa kat umah tadi tengah hari (time lunch hour tau) hospital tue call lagi, samada Cek Ya nak masuk untuk slot ceramah pasal iui. Ble tanya my busuk, dia ok jer. So confirm on la dgn hospital tue untuk pergi sok. 
Kalau macam nie la perkhidmatan yang hospital nie bagi kat patient dia. Kiranya sangat berbaloi walaupun sedikit mahal. Tapi sangat puas hati... Tak sepatah pun permintaan patient dia abaikan. Sebab rasanya sekali jer kot Cek Ya tanya pasal iui nie. Terus dia remind.... Alhamdulillah.... Mudahan Allah permudahkan setiap urusan kami dalam usaha memperolehi zuriat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan