ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 12 Ogos 2013

Eid Mubarak

Salam sejahtera,

Syawal ke 6, Cek Ya dah pun kerja... Sepatutnya semalam dah start dah keje tapi de urusan kecemasan terpaksalah EL. Maap en boss... Alhamdulillah syawal ke 3 bergelar isteri.

Time raya nie mesti la semua orang happykan. Tapi serius Cek Ya cakap, sangat takut nak hadapinya. Sebab Cek Ya tau lain tak bukan setiap rumah yang Cek Ya pergi beraya semua akan tanya benda yang sama. Rasanya semua TTCian pun hadapi benda yang sama dengan Cek Ya. Cuma ada satu dua rumah yang tak sentuh pun soalan tue. Sebabnya deorang pun de anak yang TTC mcm Cek Ya juga....

Segagah manapun Cek Ya tersenyum air mata berderai jugak, lagi-lagi bila yang bangkitkan tue ahli keluarga sendiri. Siapa yang tak nak rezeki tue, kalau di tanya semua orang yang dah berkawen pun mesti angguk kepala. Mungkin nie dugaan untuk Cek Ya, sian dengan suami mesti dia pun terasa hati tapi apakan daya Cek Ya tak ada kuasa nak adakan semua tue. Cuma Cek Ya boleh berusaha, berdoa...

Bila berjalan bersama keluarga masa hari raya, Cek Ya rasa terpinggir sangat. Mesti soalannya serupa saja... Kadang-kadang iri jugak dengan orang lain yang dah memboyot, menggendong anak. Lagi-lagi pasangan yang lama lewat kawen berbanding kiteorang dia dulu yang dapat rezeki tue.

Dimalukan di depan orang ramai dengan soalan tentang rezeki tue sangat mengaibkan. Lagi-lagi rasa terhina... Teruk sangat ke kami nie sebab lambat dapat rezeki tue. Cerita-cerita hari tua sensorang, duduk terpinggir kerana tak ada rezeki tue.... Ya Allah sangat menghiris, tapi deorang lupa rezeki lain yang Allah kurniakan kepada kami Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu mereka. Kami tak harap titik peluh kami tue di kenang, disanjung, dipuji. Tapi cukup sekadar mengingatkan mereka kepada Qada dan Qadar Allah.

Biarlah rezeki yang Allah kurniakan kepada kita menjadi meyuluh di akhirat nanti. Rezeki yang dapat membantu di alam sana.... Jangan lah ditanya kenapa tak dapat lagi rezeki tue? Dah lama kawen tapi kosong lagi? Bila nak dapat rezeki tue? Tak pergi berubat ke? X Usaha ke?Adakah kamu tahu macam mana kami berabis duit, macam mana kami berusaha... Macam mana lama sekali pun Cek Ya sabar menanti, mungkin esok atau lusa Allah kurniakan. Kalaupun tidak ditakdirkan untuk menerimanya Cek Ya redha... Mungkin ada yang lebih besar menanti untuk kami di sana.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan