ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 6 Ogos 2014

IUI or IVF

Assalamualaikum & Salam sejatera,

10 Syawal 1434H, Selamat hari raya.... Lamanya aku tak update blog nie. Sampai ke tahap aku da lupa kewujudan blog picisan nie. Now mood nak mengudate dah mai, mood berTTC pun semakin membara-bara. Sape kata aku da stop nak berTTC, cuma semangat tue kurang sikit. Sibuk sangat la kununnya.

Aku da bincang dengan suami, lepas raya n pindah umah nanti baru aku nak buat iui semula. Kiranya 2nd IUI lepas kegagalan 1st IUI Nov tahun lepas... Tapi kan lepas dengar BFF aku berjaya IVF. Tetiba aku nak buat IVF terus... Kalau ikutkan perancangan memang aku nak buat IUI dalam 2 or 3 kali kalau tak berjaya baru nak buat IVF. Yela memandangkan IVF nie perlukan pengorbanan masa, fizikal, kewangan n mental yang tinggi. Lagipun umur aku nak cecah angka 30 tahun 2015.

Faktor utama aku nak buat treatment lepas pindah adalah disebabkan umah aku nie tinggi beno. Kena menapak beranak2 tangga baru sampai. Walaupun tinggi 1 jer pun... Aku kan der PCOS so doktor terangkan if aku preggy rahim aku tak cukup kuat. Sebelum nie aku de pergi Darul Syifa, pak ustaz pun tak sarankan aku duk kat umah sekarang. Faktor sejarah tapak tempat nie dulu la puncanya. Apa pun semua tue asbab, segalanya aku berbalik kepada Sang Pencipta, Dia lebih tahu segala2nya. Kita kan disarankan untuk berusaha so nie la salah satu usaha aku n suami.

Aku dalam dilema samaada nak buat IUI or IVF... Aku de masa beberapa bulan lagi nak buat keputusan, kesian plak kat suami aku. Time aku bagi cadangan nak buat IVF tue dia kata kalau buat IVF tak dapat la dia nak cat kete Vios tue. Kesian plak aku dengar, kalau boleh aku tak nak bebankan dia..... Aku tengah berusaha nak kumpul duit masa aku peggy nanti, aku nak guna duit aku sendiri time aku cuti bila dah sah preggy. Aku memang nak cuti dari start peggy sampai bersalin... Aku xmau stress, kesian kat anak aku nanti.

Okla... Nanti aku share supliment yang aku n suami aku ambik sekarang... Cau cincau


Rabu, 12 Februari 2014

IUI Pertama

Salam sejatera...

Sangat2 lama tak taip entry baru kan.... Last taip oktober tahun lepas. Now dah pertengahan Februari 2014. Lama giler kan.

Sebenarnya sepanjang menyepi nie sebabnya malas nak menaip bagai... Banyak sebenarnya usaha2 yang Cek Ya buat untuk TTC nie. Yang paling besar ialah IUI pertama. 30 November 3013, Redha dengan keputusanya. Tidak Berjaya... Cubaan kedua aku akan buat Bulan depan, tunggu jer bila nak period nie. Seperti biasala Hospital Metro Klang tempatnya... Kebetulan date IUI nie hari sabtu so tak yahla ambik cuti tapi aku tetap ambik cuti 3 hari isnin hingga khamis. Sepanjang tempoh 2 minggu sampai dapat keputusan tu. Memang aku tak buat kerja apa pun... Kerja rumah opkos suami yang buat... Aku minta jasa baik bos n kawan opis aku untuk tak banyak bergerak sepanjang 2 minggu nie. Siap cakap kalau positif aku nak ambik cuti sampai bersalin... Nampaknya rezeki aku belum sampai lagi. Tak pe aku redha... Mungkin de hikmahnya, so untuk mengubati kececewaan hati aku pergi bercuti ke Medan pada bulan januari pastu selang 2 minggu pergi Ho chi May City lak... Now bercita2 nak pergi lagi sebab tak puas...Hehehe

Tak bermaksud aku stop dari usaha TTC, lepas period jer bulan Disember tue aku ambik lagi clomid dengan dos yang lebih tinggi... Sebabnya dos biasa masa 1st IUI dulu aku terpaksa ambik clomid 2 kali sebab telur tak menbesar dengan jayanya... Tapi aku period gak on Januari 2014 well bukan rezeki aku. Aku still usaha kali nie aku amalkan minum susu kambing Al Khisbun... Kesannya memang panas badan... Dah macam orang demam so aku kurangkan pengambilan, kalau sebelum nie 2 kali sehari tapi skang sekali jer sehari... Panas sangat pun tak elok untuk badan lagi2 skang nie musim panas terik.

Tengah kumpul kekuatan untuk 2nd IUI plak next cycle period... Berbekalkan pengalaman so lepas nie more carefull dan tak begitu berharap.... Cayok2


Khamis, 3 Oktober 2013

Menanti Puan P

Salam sejahtera, 
Menghitung hari untuk my 1st IUI.... Menunggu bila la puan P nie nak muncul. Kalau nak ikutkan cycle 40 hari. Lagi 2 hari jer, tapi x de tanda2 nak didatangi puan P nie. Sebaik mungkin jaga mental dan fizikal tau.... Lepas HSG hari tue memang x de angkat beberat dah, rehat jer panjang. Demi nak jaga hormon supaya tak terkesan dengan stress. 

Kebiasaannya sintom PMS yang I alami nie selalu di salah tafsir sintom preggy. Selalu jer kalau sintom nie datang dah berangan peggy. Rezeki kami belum ada lagi nampaknya untuk kearah tue. Selalunya 2 minggu sebelum period memang dah dapat signal siap siap. Mula2 payudara akan sakit mcm membengkak. Kemudian badan akan sakit-sakit macam angkat berguni-guni beras 10 kilo. Pas tue pinggang pun mula la sakit macam nak patah jer. Perut kembung memang tak ble nak cakapla. Kalau makan nasi lebih skt jer perut dah macam 4 bulam preggy. Time nie slalu berangan-angan depan cermin. Buat2 macam preggy. Lawak jer rasanya.... Sakit-sakit kat bahagian ari-ari memang sengal-sengal la. Belum lagi pedih ulu hati diikuti dengan mual-mual plak. 

Now sintom tue x kunjung pun... Cuma sengal-sengal badan jer. Tak mo la period nie lambat sangat... Nanti lambat la nak buat IUI. Uwaaa.... Jangan la ting tong balik puan P oiiii. Dah tekat sampai minggu depan kalau tak period gak nak jumpe gynae terus.

Oh ye... Untuk usaha sampingan lain I still makan asid folic dan Alfalfa Shaklee. GLA I makan dari 1st day period sampai hari I subur. Lepas tue tak ambik sebabnya itula cara penggunaan GLA yang betul untuk merancang kehamilan. GLA nie berfungsi untuk menstabilkan hormon kita. Ia akan merangsang pengeluaran telur. Sekiranyanya GLA tetap diambil, sekiranya kehamilan terjadi. Hormon-hormon yang di rangsang GLA akan bertindak balas dengan mengisyaratkan janin sebangai bendasing yang perlu disingkirkan. 

Doakan kejayaan I tau.... I sangat perlukan sokongan  kornag-korang. 

Selasa, 17 September 2013

Cerita pasal HSG

Salam sejahtera,

Macam I story dalam entry yang lepas. I kena buat HSG kan... Alhamdulillah resultnya dapat hari tue gak. I siap boleh tengok keadaan tiub fallopio sebab screen monitor tue memang mengadap patient n doktor. Kedua-dua tiub baik tak tersumbat. So maknanya IUI boleh diteruskan.

Mungkin korang nak tau pasal HSG so korang boleh google sendiri. I nak kongsi pengalaman HSG... Serius, bukan niat nak menakutkan korang tapi niela pengalaman yang perlu ditempoh dalam sukan duka mendapatkan zuriat. Ok, tarik napas dalam-dalam pastu lepas erk.

Tepat hari ke 9 period cycle kali nie, I nekad nak buat HSG. Walaupun tetiba my busuk kena gi lawatan kerja kat INSTUN Tg Malim. I nekad pergi sensorang tanpa ditemani sesiapa pun. Melalui bacaan kat blog-blog TTC lain macam boleh tahan jer.

Sampai Hospital Metro jer, terus bagi kad n tunggu nama dipanggil. Kali nie Dr Agustine sendiri nak buat HSG untuk I. Before tue kena timbang ambik berat. Sempat bebalas senyum dengan beberapa mummy to be. Comel sungguh depa nie.... beberapa minit pastu nama I dipanggil. Doktor Agustine sambut dengan senyuman sebelum mengerjakan I. Sempat dia interview beberapa soalan lazim.... Bila start period and bla...bla..bla... Kat sini I tak perlu tukar baju mcm beberapa TTC lain buat kat hospital lain. Just I tanggalkan kain jer n baring kat atas katil. So make sure korang pakai kain yer. Senang proses tanggal menanggal....

Alatan untuk proses nie dah siap sedia atas meja sebelah katil... Wah scary kot, awas jgn banyak sangat baca pengalaman HSG orang lain. Nanti terkencing plak... Nurse-nurse yg tolong doktor Agustine nie sangat baik n 1 Malaysia sangat. Sebab berbilang kaum, hahaha... Depa siap suh i relax, kaki dalam posisi orang nak bersalin tue. Punggung jgn angkat ye. Ok I bagi petua tak nak angkat punggung ok, tangan sebelah pegang besi tepi katil. Sebelah lagi pegang perut. Sangat berkesan untuk I ok.

Mata pandang monitor... Pasrah pe pun doktor nak buat. Mula proses meneropong my tiub. Tak nak tengok pe yang depa duk godek-godek kat bawah tu. Rasa sejuk jer pastu rasa senak tapi still boleh tahan. Terasa nak terberak sangat-sangat pun ada, rasa macam senggugut maha teruk pun ada. Doktor tanya ok x? klu sakit bagi tau. Dari monitor tue doktor tgk pergerakan cecair yang dia pancutkan dari tiub. serius memang terasa pergerakannya.... i boleh tahan lagi time nie tapi air mata dah bergenang tak sedar i menjerit akhirnya kesakitan. Uwaaa.... Terus doktor stop kejab, bila dia nampak i dah relax dia sambung balik tak tau la dia wat pe. Dah tak terpandang dah screen monitor tue, tangan dah pegang perut jer. Doktor Agustine sajer jer nak ubah topik, nak bagi i teruja la tue. Siap ucap tahniah lagi sbb both of fallopio tiub clear no blocking.... ok. Settle jer sakit tu pun ilang. Memang ilang dah malu time nie sebab mengeletar satu badan, turun dari katil pun nurse yang tolong. Hatta pad pun nurse yg tolong pakaikan.

Settle jer doktor terus bagi makan pain killer, sebijik jer. Then tgk result sperm test, ermm bad news.... only 16% sperm yang bergerak. Kuantiti, bentuk n lelain ok. Doktor bagi tau kalau nak buat iui sekurang- kurangnya 33% sperm aktif bergerak. Tapi i still de masa nak tnggu next period cycle untuk iui. Doktor de bekalkan ubat untuk my busuk... ok, she agree to continue iui. Sekurang- kurangnya ini usaha yang i buat. Yang lain tue berserah kepada Allah. We only need 1 sprem.....  ok sambung blk pasal hsg tadi. X mo sedih2..... 3rd day next period cycle i kne jumpe doktor balik untuk step iui. Keluar jer bilik doktor dah terasa kejang perut, memang sakit giler.... serius i memang x boleh bawa kete. Nasib dekat je dgn umah. Minta tolong dgn Anis ambik kt hospital.... i duduk kt kerusi menunggu depan kaunters sambil tunggu ubat n bill yang nak kena bayar. Hahahaa.... nampak sangar special sbb segala urusan dari kerusi. Nurse tue yang tolong semua. Kereta tinggal jer biar my busuk ambil petang kang. Dalam kete pun senyap jer menahan sakit kang cerita bebanyak x nak pulak anis nie buat Hsg.

Sampai jer rumah i terus baring. Serius perut sangat kejang n sakit.... nak tido pun x boleh, nak bangun memang susah sebab perut kejang. Air mata dah mencurah2, tangan lak duk bbm my busuk suh balik cepat sbb x tahan sgt. Telan lagi sebijik pain killer baru boleh tido, tapi tak tahannya efect mkn pain killer.. Perut sebu n pedih sampai kemalam. Dapat mc sehari jer, tapi i sambung cuti rehat lagi 2 hari. Tak larat nk turun naik tangga nak tambah mc punya pasal, hatta nak berjalan pun laju lagi siput n terkangkang2 ... selama tuela jadi tuan puteri, mandi pun berpapah makan bersuap. Alahai tq my busuk.... siap balik umah tgk i berkali2 time keje. Nasib tempat keje kami dekat jer dari umah. Hari keempat lepas Hsg baru i pergi kerja n dah x rasa kejang perut .

Wahhh.... panjang lebar sesi meluah perasaan nie hehehe. Uols jgn takut tau, mcm ner pun kena tempoh gak.... demi mendapatkan zuriat. Amin mudahan usaha ini diberkati Allah.

Selasa, 27 Ogos 2013

Usaha Sampingan

Salam sejahtera,

1st time jumpa gynae awal Mei lepas, my gynae just anggap i is normal. After test hormon ari tue terus di cop as PCOS lepas hormon kelelakianku tinggi. That mean my hormon tak balance la selain period cycle yang tak tentu nie. Dolu-dolu zaman anak dara suka tak peod, renyah la kan... Nak tukar pad lagi, nak mandi-mandi pun susah. Lagi nak gie camping, sebab i suka sangat camping. Now, hambik kau... susah nak dapat anak pulak.

Tapi walaupun i PCOS tapi i tak diketogarikan gemuk. Serius i underweight. BMI under 18.5. I kena tambah lagi 4 kilogram. Terlalu kurung pun salah satu faktor PCOS tau. Body tak cukup zat nak hasilkan hormon-hormon yang baik untuk puan rahim nie. Selain ikut semua rawatan yang my gynae buat khas untuk i and my bucuk so kena la ada usaha sampingan kan.

Keazaman kali nie adalah nak tambah berat badan secara sihat. Tambahkan ilmu pengetahuan dengan ilmu diet. Kalau tak PCOS ade aku kisah....Hahaha, itu la hikmahnya... Allah nak kita lebih berpengetahuan dengan banyak membaca. Sebabnya semua berkait rapat. Nasibla i nie memang minat Biologi since sekolah menengah dulu. Cita-cita dolu-dolu nak jadi doktor tapi tak jadi lak. Belajar jadi doktor bangunan tapi kojenye lain plak. Dah rejekikan...

Berat Badan sekarang = 38 kg
Tinggi =149 cm
BMI= 18 <18.5 (under weight) 
Berat ideal = 42 kg (+ 4 kg)

Cara-cara nak tambah berat badan

Jadual makan

7.40 am =  Susu (1 gelas) + Kismis (9 biji) Selalu ambik segenggam... Ambik kau pelahap
8.30 am =  Bihun/mee/kuetiaw goreng + air suam
1.00 tghari = Sepinggang nasi (nasi+ sayur+ikan/ayam/daging) kena tambah kuantiti protein or nasi
4.00 ptg = Sandwich/ Sup/ keropok lekor
8.00 mlm = Dinner (Nasi+sayurikan/ayam/daging) kena tambah kuantiti protein or nasi
10.00 mlm = Biskut oat + Teh O

Bersenam

Sebenarnya kerja i nie memang kena banyak jalan. lagi-lagi asrama yang i jaga nie ada 4 tingkat + 3 blok. So hari-hari i kena naik satu blok sampai 4 tingkat untuk untuk buat pemantauan. Belum lagi iringi juruteknik untuk baiki kerosakan lagi. Kadang-Kadang sampai 4 kali ulang alik benda yang sama. So i jadi sangat letih dan kurang selera makan.

Ok x diet nie or kena tambah???? Kena betulkan ke??? Kena cari pakar pemakanan nie.


Ahad, 25 Ogos 2013

Cerita Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Salam sejahtera...

Korang jangan terkejut tgk tajuk entry nie kali. hahaha teserlah kemalasan tahap gaban nak tulis blog. Tapi Cek Ya akan sedaya upaya memendekan cerita. Ambil isi-isi pentingnya ajer. Kira macam buat rumusan tuela. Tak ble lebih 120 patah perkataan.( Yeke??)

Jumaat 

Selepas episod sedih sedih pasal PCOS tuekan. Sebenarnya doktor xconfirm lagi PCOS cuma berdasarkan hormon test tue jerkan. Tapi tak bermakna PCOS nie x leh dapat zuriat sendiri. Ramai jer yang PCOS de anak gak. Cuma asbab yang boleh di usahakan... Cayok2!!. Jumaat lepas tempat kerja Cek Ya de buat Jamuan hari raya dan Majlis APC skali. Tahun nie rezeki buat kawan Cek Ya Kak Izra pulak dapat APC. Bukan dia sorang tapi de ramai lagi, nie antara yang rapat dengan Cek Ya la. Kak Izra nie pun TTC mcm Cek Ya gak. Dia 4 tahun ber TTC. So duk borak2 sambil hias dewan kami pun duk sembang2 pasal TTC. Bukan kita orang berdua jer tapi ber3 termasuk Anis TTCian jugak tapi dia baru masuk 2 tahun. Cerita pasal perkembangan rawatan masing-masing... Cek Ya n Anis nie PCOS, Kak Izra plak tak tau lagi puncanya. Cuma dia nie penghidap diabetis.... Stakat yang dia buat rawatan kat UMRA tue, katannya la x berapa nak best. So kiteorang pun suh la dia sambung kat METRO mana tau ada hasilnya. Sekurang-kurangnya tau punca sebenar. Seronok gak de group TTC kat tmpat kerja nie, kami bagi semangat antara satu sama lain. Lagipun TTC mcm kite orang nie la lebih memahami antara satu sama lagi. Boleh bertukar-tukar infomasi yang kiteorang dapat.... Kalau tak ner la Cek Ya tau dan penah dengar pasal Shaklee kalau bukan Kak Izra yang inform. Ner la Cek Ya nak cari buah zuriat kat Malaysia nie kalau bukan Anis yang tolong belikan kat sempanan Siam nun. Terima kasih kawan-kawan.... Sayang korang ketat-ketat.

Sabtu

Bermula la episod my busuk buat sperm ceck... Alhamdulillah, dia suami yang sangat memahami... Tak pernah mendesak. Sayang awak sangat tau... Untuk cek sperm nie just perlu ambik sempel seprm tue. Ok, rasanya hospital Metro nie antara yang terbaik kot. Sebab dia sediakan tempat yang sangat sesuai dan selesa. Mula-mula mendaftar tue, Cek Ya cakapla yang kiteorang nie dari Metro Banting. Kemudian... tak la tunggu lama sangat dalam 15 minit datang nurse bawa kiteorng kat sebuah bilik. Selepas dia terangkan so dia tinggalkan kiteorng pandai-pandaila kiteorang ambik sempel sperm tue. hahaha.... selebihnya adalah rahsia... Cuma nak bagi tau yang bilik tue sangat selesa, de perabot dan siap dengan tandas dan shower. Next step tunggu result yang diorang faxkan kat Banting. Opss... Sebenarnya lab test nie buat kat Hospital Metro Klang. Sebab Metro Banting tak de kemudahan lab. 

Ahad

Petang tue Cek Ya balik kampung Mak kat Kg Bukit Badung, Batang berjuntai atau nama sekarangnya Bestari Jaya. Sebenarnya dah beraya kat sini mggu lepas. Tapi ambik Mak, Ayah, Ibal n Ain. Sebab khamis kang nak bawa Ibal cek Jantung kat Hosp Serdang. Masuk jer pintu umah mak long lepas bagi salam... Tak dengar pulak dijawab tak salam tue. Tapi terus dengar soalan "G berurut dengan Mbok" What???Ok, siapa Mbok tue. Teringat pulak tukang urut yang sepupu cadang rie tue. Ok mungkin dia kot yang dimaksudkan. Mak aku pulak yang beria-ia. Mestila kan, risau dengan anak dia nie. Cek Ya ok jer tapi hari tue tak ble la. Pukul berapa nak sampai Banting balik... Nie sampai pun dah pukul 4 lebih kot. Cek Ya pun cadang nak pergi next week sambil antar mak balik. Sepupu yang tanya tue pun dulu TTC mcm Cek Ya. So depa lebih memahami. Depa gak la yang beria-ia nak tolong tau. Heaven plak rasanya... Sepupu belah mak ramai gak yang lambat dapat anak. Tapi bila dapat berderet-deret. So bila depa duk kira yang Cek Ya nie baru masuk 3 tahun so depa tak heran sangat sebab rata-rata sepupu yang TTC tue pun 3 or 4 tahun gak baru dapat. Opss depa tak tau yang Cek Ya nie buat rawatan kat Metro. Yang tau cuma, my bucuk (opkos la kan dia penyumbang dana n sperm). Kawan-kawan TTC jer. Dan yang baca blog nie hehehe.

Selingan

Cek Ya dalam keuzuran hari nie hehehe. Smalam dah nampak spot kat underwear tapi Cek Ya kira hari nie 1 st period sebab hari nie baru banyak kuarnya. Period cycle lepas Cek Ya tak ambik clomid jadinya period cyclenya 40 hari.Hari ke 8 jatuh hari Isnin jadinya isnin depan la Cek Ya kne wat Cek tiub tue. Ok la. doakan Cek Ya berjaya dan berhasil. Amin...

Rabu, 21 Ogos 2013

Sah!!

Salam sejahtera,

Semalam bersama-sama suami tersayang pergi la ke Hospital Metro Cawangan Banting. Yang bestnya dapat free untuk consulting kali nie. TQ doktor... Selalunya kalau dah private nie comfom la consulting sikit2 pun kene bayar... Maybe Doktor nie kesian kat kite orang kot, pe la takat dengar jer penerangan pasal IUI nie.

Ok peratusan untuk berjaya hamil 10-20 %. Kosnya dalam 2000++... Ok nie same dengan mane-mane hospital private yg lain. Sebelum tue Cek Ya kne wat HSG dulu, rasanya sape yg tengah TTC tue tau pe tue HSG. Ok Cek Ya citer sikit pe benda alah tue. HSG nie satu kaedah untuk nak pastikan sama ada tiub falopia tersumbat atau tak. Kali nie doktor guna cecair, kalau tak salah Cek Ya de 3 jenis cecair yang boleh digunakan. Tapi Cek Ya ingat 2 ker yang kos sederhana dan lebih mahal sikit. Untuk Cek Ya, doktor suggest H2O. Kos sederhana sikit... Ok tentang kos tolak tepi dulu yang penting usaha kan. Yang mahal tue cecair yang de radioaktif so ble scan ble la nampak pancaran cahaya cecair tue. Cek Ya, de tanya kalau duna cecair tue tak de efek ke, yela name pun radioaktif gitu. Doktor kata kandungan radioktifnya sangat rendah. Ok, tak mau tanya efek lagi sebab untuk kes Cek Ya doktor leboh suggest guna H2O jer (air).

Untuk my busuk pulak dia kena cek sperm dulu... Ok yang nie kena pergi Metro Klang. Nasib sabtu bukak. Tapi pe masalah encik boss nie kalau pergi hari biasa bukan de boss nak marah pun. Ohh!! terlupa yang my busuk nie very-very efesyen.

Kalau semuanya ok, baru ble start buat IUI. harap semua ok la.... Kalau tiub tersumbat doktor terus suggest buat IVF. Sampai macam nie ker Cek Ya kena lalui. Tapi Cek Ya de terbaca dalam blog-blog yang kalau tiub tersumbat still boleh clearkan. Why doktor terus sarankan IVF??? Mungkin doktor nak mudahkan usaha kami kot.

Dalam usaha nak pregnant nie Cek Ya perlu banyak berkorban. Lagi-lagi bab makan, pantang kena jaga tau... Durian, air tebu, buah salak, air gas, makanan segera semua tak boleh makan. Tak pela, memang perlu berkorban kalau nak sesuatu tue. Kesian kat  my busuk...

Merujuk kepada tajuk diatas (skema plak)... Ujian darah yang Cek Ya buat pada hari ke 21 ri tue, menunjukkan paras hormon Cek Ya tak balance. Julatnya agak tinggi jugak. So doktor sahkan Cek Ya PCOS. Walaupun Cek Ya bukan tergolong dalam golongan berat badan berlebihan. Kurang de la... Kurang berat badan, stress mental n fizikal pun ble bagi kesan kat hormon. So mulai sekarang Cek Ya cuba tambah berat badan dan kurangkan stress....

 Hormon level FSH : 5.77mlU/ml (normal dan dalam julat yang baik)
Hormon level LH :17.4 mlU/ml (agak tinggi untuk perempuan)

Sepantutnya dua hormon nie kena balance dengan nisbah 1:1,

Masa ultrasound hari tue tak de plak nampak yang Cek Ya de sintom PCOS. Dua doktor dah dinogsis semua ok. Tapi bila ujian darah baru dapat kesan PCOS. Kadang-kadang peroid memang ting tong, lagi-lagi lepas kawen miss 2 month period. dalam 3 kali gak la. Lago satu period Cek Ya panjang 40 hari. Cek Ya kaji rasanya kalau hormon nie balance peluang untuk pregnant lagi tinggi.

Lepas nie nak wat rawatan kat Darul Syifa la... Tapi My busuk tak nak tunggu lama-lama. Kalau g yg kat olak lempit mesti ramai punyakan. Tak pe mana ada benda senang dalam dunia nie. Kena sentiasa positifkan baru hormon pun baik jerkan. Lagi satu kena yakin n redha akan ketentuan Allah... Dia yang mengatur setiap hambanya. Kami antara insan yang terpilih... Yakin pada Allah.... InsyaAllah.