ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 21 Ogos 2013

Sah!!

Salam sejahtera,

Semalam bersama-sama suami tersayang pergi la ke Hospital Metro Cawangan Banting. Yang bestnya dapat free untuk consulting kali nie. TQ doktor... Selalunya kalau dah private nie comfom la consulting sikit2 pun kene bayar... Maybe Doktor nie kesian kat kite orang kot, pe la takat dengar jer penerangan pasal IUI nie.

Ok peratusan untuk berjaya hamil 10-20 %. Kosnya dalam 2000++... Ok nie same dengan mane-mane hospital private yg lain. Sebelum tue Cek Ya kne wat HSG dulu, rasanya sape yg tengah TTC tue tau pe tue HSG. Ok Cek Ya citer sikit pe benda alah tue. HSG nie satu kaedah untuk nak pastikan sama ada tiub falopia tersumbat atau tak. Kali nie doktor guna cecair, kalau tak salah Cek Ya de 3 jenis cecair yang boleh digunakan. Tapi Cek Ya ingat 2 ker yang kos sederhana dan lebih mahal sikit. Untuk Cek Ya, doktor suggest H2O. Kos sederhana sikit... Ok tentang kos tolak tepi dulu yang penting usaha kan. Yang mahal tue cecair yang de radioaktif so ble scan ble la nampak pancaran cahaya cecair tue. Cek Ya, de tanya kalau duna cecair tue tak de efek ke, yela name pun radioaktif gitu. Doktor kata kandungan radioktifnya sangat rendah. Ok, tak mau tanya efek lagi sebab untuk kes Cek Ya doktor leboh suggest guna H2O jer (air).

Untuk my busuk pulak dia kena cek sperm dulu... Ok yang nie kena pergi Metro Klang. Nasib sabtu bukak. Tapi pe masalah encik boss nie kalau pergi hari biasa bukan de boss nak marah pun. Ohh!! terlupa yang my busuk nie very-very efesyen.

Kalau semuanya ok, baru ble start buat IUI. harap semua ok la.... Kalau tiub tersumbat doktor terus suggest buat IVF. Sampai macam nie ker Cek Ya kena lalui. Tapi Cek Ya de terbaca dalam blog-blog yang kalau tiub tersumbat still boleh clearkan. Why doktor terus sarankan IVF??? Mungkin doktor nak mudahkan usaha kami kot.

Dalam usaha nak pregnant nie Cek Ya perlu banyak berkorban. Lagi-lagi bab makan, pantang kena jaga tau... Durian, air tebu, buah salak, air gas, makanan segera semua tak boleh makan. Tak pela, memang perlu berkorban kalau nak sesuatu tue. Kesian kat  my busuk...

Merujuk kepada tajuk diatas (skema plak)... Ujian darah yang Cek Ya buat pada hari ke 21 ri tue, menunjukkan paras hormon Cek Ya tak balance. Julatnya agak tinggi jugak. So doktor sahkan Cek Ya PCOS. Walaupun Cek Ya bukan tergolong dalam golongan berat badan berlebihan. Kurang de la... Kurang berat badan, stress mental n fizikal pun ble bagi kesan kat hormon. So mulai sekarang Cek Ya cuba tambah berat badan dan kurangkan stress....

 Hormon level FSH : 5.77mlU/ml (normal dan dalam julat yang baik)
Hormon level LH :17.4 mlU/ml (agak tinggi untuk perempuan)

Sepantutnya dua hormon nie kena balance dengan nisbah 1:1,

Masa ultrasound hari tue tak de plak nampak yang Cek Ya de sintom PCOS. Dua doktor dah dinogsis semua ok. Tapi bila ujian darah baru dapat kesan PCOS. Kadang-kadang peroid memang ting tong, lagi-lagi lepas kawen miss 2 month period. dalam 3 kali gak la. Lago satu period Cek Ya panjang 40 hari. Cek Ya kaji rasanya kalau hormon nie balance peluang untuk pregnant lagi tinggi.

Lepas nie nak wat rawatan kat Darul Syifa la... Tapi My busuk tak nak tunggu lama-lama. Kalau g yg kat olak lempit mesti ramai punyakan. Tak pe mana ada benda senang dalam dunia nie. Kena sentiasa positifkan baru hormon pun baik jerkan. Lagi satu kena yakin n redha akan ketentuan Allah... Dia yang mengatur setiap hambanya. Kami antara insan yang terpilih... Yakin pada Allah.... InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan