ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 12 Februari 2014

IUI Pertama

Salam sejatera...

Sangat2 lama tak taip entry baru kan.... Last taip oktober tahun lepas. Now dah pertengahan Februari 2014. Lama giler kan.

Sebenarnya sepanjang menyepi nie sebabnya malas nak menaip bagai... Banyak sebenarnya usaha2 yang Cek Ya buat untuk TTC nie. Yang paling besar ialah IUI pertama. 30 November 3013, Redha dengan keputusanya. Tidak Berjaya... Cubaan kedua aku akan buat Bulan depan, tunggu jer bila nak period nie. Seperti biasala Hospital Metro Klang tempatnya... Kebetulan date IUI nie hari sabtu so tak yahla ambik cuti tapi aku tetap ambik cuti 3 hari isnin hingga khamis. Sepanjang tempoh 2 minggu sampai dapat keputusan tu. Memang aku tak buat kerja apa pun... Kerja rumah opkos suami yang buat... Aku minta jasa baik bos n kawan opis aku untuk tak banyak bergerak sepanjang 2 minggu nie. Siap cakap kalau positif aku nak ambik cuti sampai bersalin... Nampaknya rezeki aku belum sampai lagi. Tak pe aku redha... Mungkin de hikmahnya, so untuk mengubati kececewaan hati aku pergi bercuti ke Medan pada bulan januari pastu selang 2 minggu pergi Ho chi May City lak... Now bercita2 nak pergi lagi sebab tak puas...Hehehe

Tak bermaksud aku stop dari usaha TTC, lepas period jer bulan Disember tue aku ambik lagi clomid dengan dos yang lebih tinggi... Sebabnya dos biasa masa 1st IUI dulu aku terpaksa ambik clomid 2 kali sebab telur tak menbesar dengan jayanya... Tapi aku period gak on Januari 2014 well bukan rezeki aku. Aku still usaha kali nie aku amalkan minum susu kambing Al Khisbun... Kesannya memang panas badan... Dah macam orang demam so aku kurangkan pengambilan, kalau sebelum nie 2 kali sehari tapi skang sekali jer sehari... Panas sangat pun tak elok untuk badan lagi2 skang nie musim panas terik.

Tengah kumpul kekuatan untuk 2nd IUI plak next cycle period... Berbekalkan pengalaman so lepas nie more carefull dan tak begitu berharap.... Cayok2