ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 20 Ogos 2013

Suprise Call

Salam sejahtera....

Salam syawal ke-13, saje jer tajuknya buat gempak... Sepagi tadi Cek Ya de bengkel kat dalam kolej jer. Biasala menghampiri hujung-hujung tahun nie, kalau orang kerja gomen mesti taukan. Kne buat SKT, cuma kali nie lagi canggih. Tak yah nak membazir kertas kurangkan penebangan pokok. Isi guna sistem jer dalam. HRMIS...Tadi belek gambar kt sistem tue, comel betulla... Zaman sebelum bergelar isteri. Hehehe 
Opsss... Bukan nak cerita pasal bengkel yang menambah ilmu pengetahuan tue. Tapi dapat suprise call dari Hospital Metro. Tanya my busuk dah wat spermcount belum? hahaha. Disebabkan hospital Metro cawangan Banting nie tak de kepakaran & alatannya so kne wat kat HQ hospital nie kat Klang. Skali nurse tue tanya nape tak wat lagi... Terpaksa berbisik-bisik cakap yang tak peod lagi. Kehkehkeh... Alahai, dah la jiran-jiran sebelah pc nie anak-anak teruna lagi. Malu la iols tau....... 
For this month, Cek Ya dah miss 7 hari masuk hari nie. Masa bulan pose rie tue 15 hb Jully date 1st period. Kalau tak period juga sampai isnin nanti Cek Ya kne g jumpa doktor isnin nanti. Terkejut gak... bila dapat call macam nie. Nampak prihatin la doktor yang rawat Cek Ya tue. Nurse tue call disebabkan doktor yg remind untuk ingatkan patient and nak tau keadaan patient. Terharu gak, slalunya orang yang tanya nie... Soalan yang menyentap perasaan. Opss tak baik tau Cek Ya nie.
And than, masa kat umah tadi tengah hari (time lunch hour tau) hospital tue call lagi, samada Cek Ya nak masuk untuk slot ceramah pasal iui. Ble tanya my busuk, dia ok jer. So confirm on la dgn hospital tue untuk pergi sok. 
Kalau macam nie la perkhidmatan yang hospital nie bagi kat patient dia. Kiranya sangat berbaloi walaupun sedikit mahal. Tapi sangat puas hati... Tak sepatah pun permintaan patient dia abaikan. Sebab rasanya sekali jer kot Cek Ya tanya pasal iui nie. Terus dia remind.... Alhamdulillah.... Mudahan Allah permudahkan setiap urusan kami dalam usaha memperolehi zuriat sendiri.

Isnin, 12 Ogos 2013

Eid Mubarak

Salam sejahtera,

Syawal ke 6, Cek Ya dah pun kerja... Sepatutnya semalam dah start dah keje tapi de urusan kecemasan terpaksalah EL. Maap en boss... Alhamdulillah syawal ke 3 bergelar isteri.

Time raya nie mesti la semua orang happykan. Tapi serius Cek Ya cakap, sangat takut nak hadapinya. Sebab Cek Ya tau lain tak bukan setiap rumah yang Cek Ya pergi beraya semua akan tanya benda yang sama. Rasanya semua TTCian pun hadapi benda yang sama dengan Cek Ya. Cuma ada satu dua rumah yang tak sentuh pun soalan tue. Sebabnya deorang pun de anak yang TTC mcm Cek Ya juga....

Segagah manapun Cek Ya tersenyum air mata berderai jugak, lagi-lagi bila yang bangkitkan tue ahli keluarga sendiri. Siapa yang tak nak rezeki tue, kalau di tanya semua orang yang dah berkawen pun mesti angguk kepala. Mungkin nie dugaan untuk Cek Ya, sian dengan suami mesti dia pun terasa hati tapi apakan daya Cek Ya tak ada kuasa nak adakan semua tue. Cuma Cek Ya boleh berusaha, berdoa...

Bila berjalan bersama keluarga masa hari raya, Cek Ya rasa terpinggir sangat. Mesti soalannya serupa saja... Kadang-kadang iri jugak dengan orang lain yang dah memboyot, menggendong anak. Lagi-lagi pasangan yang lama lewat kawen berbanding kiteorang dia dulu yang dapat rezeki tue.

Dimalukan di depan orang ramai dengan soalan tentang rezeki tue sangat mengaibkan. Lagi-lagi rasa terhina... Teruk sangat ke kami nie sebab lambat dapat rezeki tue. Cerita-cerita hari tua sensorang, duduk terpinggir kerana tak ada rezeki tue.... Ya Allah sangat menghiris, tapi deorang lupa rezeki lain yang Allah kurniakan kepada kami Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu mereka. Kami tak harap titik peluh kami tue di kenang, disanjung, dipuji. Tapi cukup sekadar mengingatkan mereka kepada Qada dan Qadar Allah.

Biarlah rezeki yang Allah kurniakan kepada kita menjadi meyuluh di akhirat nanti. Rezeki yang dapat membantu di alam sana.... Jangan lah ditanya kenapa tak dapat lagi rezeki tue? Dah lama kawen tapi kosong lagi? Bila nak dapat rezeki tue? Tak pergi berubat ke? X Usaha ke?Adakah kamu tahu macam mana kami berabis duit, macam mana kami berusaha... Macam mana lama sekali pun Cek Ya sabar menanti, mungkin esok atau lusa Allah kurniakan. Kalaupun tidak ditakdirkan untuk menerimanya Cek Ya redha... Mungkin ada yang lebih besar menanti untuk kami di sana.....

Khamis, 1 Ogos 2013

Misi Gagal

Salam sejahtera... 
Salam Ramadhan.... Ramadhan dah nak berakhir baru Cek Ya sempat nak taip blog.... Oh...Alhamdulillah cik P datang melawat Cek Ya di hari ke 32 untuk period cycle kali nie. Maksudnya misi gagal lakan... Tak pe, try n try again. Mane tau rezeki untuk kali yg ke 2, 3, 4 .... Rezeki tuekan rahsia Allah.Sekurang-kurangnya duration period cycle Cek Ya kembali normal n pendek. Alhamdulillah.... 
Masa hari cek hormon tempohari, doktor de bagi clomid sekiranya percubaan kali nie gagal. Tapi Cek Ya kata untuk bulan Ramadhan nie Cek Ya nak rehat jab. Sambung lepas raya, so clomid tu Cek Ya akan ambil period cycle lepas raya dan yang pasti en suami kena la buat sperm count masa my 1st day period untuk cycle akan datang.... Mudahan di permudahkan semuanya. 
Tempoh rehat nie termasuklah dengan rawatan tradisional... Tapi kemungkinan besar Cek Ya nak buat rawatan kaedah islam. Selagi tak bertentangan dengan syarak akan Cek Ya usahakan. Insya Allah. De seorang ustaz kat tempat kerja Cek Ya nie sarankan Cek Ya ke Darul Syifa. Mudahan Allah merahmati dan melindungi mereka-mereka yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada Cek Ya. Yang mencaci dan mencerca tue pun Cek Ya doakan kebahagian mereka. Mudahan terbuka pintu hati untuk bertaubat dan dilindungi keluarga mereka daripada ujian yang Allah berikan kepada Cek Ya. 
Mudahan Allah beri kemudahan untuk Cek Ya untuk lebih tenang dan tak mudah stress. Cek Ya akui tempat kerja sekarang agak buat Cek Ya selalu stress. Mestilah ia tak baik untuk emosi n hormon. Rasa macam nak pindah tempat kerja jer. ... "Ya Allah tabahkan hati hambaMu". Mudahan Ramadhan yang bakal berakhir nie membawa seribu rahmat dan sinar baru dalam hidup kita semua... Amin.........

P/s:  Seorang rakan cek Ya yang juga TCC telah berjaya pregnant... Alhamdulillah berkat Ramadhan. Seorang lagi rakan Cek Ya juga TCC mengidap cyst... Moga tabah menghadapi dugaan hidup sayang. Insya Allah de jalannya. Jangan mengalah ye.

Selasa, 2 Julai 2013

Day 12 after clomid

Salam sejahtera,

 Entry lepas Cek Ya de story pasal clomid yang Cek Ya ambik dari day 3 sehingga day 7 kan. Pastu day 12 kena jumpe my gyne kt hospital Metro. Yang bestnya setiap kali kena jumpe doktor dapat dgn doktor perempuan. Syukur sangat2.... Untuk next treatment minta-minta mcm tue gak kan. Sebab hospital Metro nie untuk doktor perempuan ada hanya hari isnin sahaja. OMG

Tiba la masa yang ditunggu2 hehehe berdebar plak nak citer hasil daripada clomid yg Cek Ya ambik de 2 telur capai saiz yg dikehendaki... Dua-dua belah kanan, Belah kiri de gak yang kuar tapi kecik-kecik sume. Tapi yang suspennya bila di masukkan satu alat untuk Cek saiz telur tue. Adoi sakit giler bila doktor masukkan alat tu, siap dia pusing2kan ke kanan-n kiri lagi. Kena rodok kat mis V nie... Alhamdulillah

Kemudian doktor cek ketebalan dinding rahim plak, ermmm x cukup tebal rupanya rupanya cuma 4mm jer sepatutnya pada day 12 dah cakap 18mm. Sebab nie saiz yang paling sesuai untuk baby menempak lepas bersenyawa. tertanya-tanya gak Cek Ya nie ke puncanya Cek Ya susah lekat. Tapi doktor bagi tau yang mungkin nie kesan pengambilan clomid. Dari pembacaan Cek Ya clomid memang salah satu puncanya pun. Waaa sedih lak. Sebelum balik doktor de bekalkan ubat untuk tebalkan rahim 5 biji, sehari satu biji.

Erm...erm...ermm doktor bagi date untuk bersama en suami hehehe

Mudahan berhasil

Amin.........



Selasa, 18 Jun 2013

Cik P n Clomid

Salam sejahtera,

Akhirnya Cik P dtg melawat Cek Ya, walaupun delay 6 hari kot. Makanya untuk cycle kali nie 46 hari la. Mak ai panjangnya.... Hari nie hari ke 6, jadi maksudnya dah hari ke 4 Cek Ya ambil clomid.

Bila duk baca blog rerakan TTC lain yang der pengalaman ambil clomid nie, kebanyakannya dapat simtom2 PMS or peggy. Macam muntah2, pening kepala n lelain lagi. Tapi Cek Ya x rasa pulak, cuma agak berpinar-minar kepala nie. Bangun tdo jer terus nampak double version. Adoi, nasib x terlanggar tiang. Tapi bila dah beransur petang makin kurang la. Oh ye satu lagi tapi agak confius dgn gejala nie... susah nak tdo. selain tu x der. Opss agak kritikal sikit nie, sembelit. Nie kira gejala gak ker....

Dos yang doktor bagi Cek Ya nie adalah 50mg. Paling minimum... Dari cycle ke 3 hingga ke 5 Cek Ya kena ambil nie, duration period pun agak pendek berbanding hak ygn sebelum2 nie.

Hari nie still lagi berpinar2 n tak stabil... Selera makan still tip top ekeke. Tadi pergi klinik jab cek tekanan darah. Risau gak asyik nak tumbang jer. Dalam hati dah suspek darah rendah, sebelum nie penah kena. Bila cek rupa-rupanya tekanan darah tinggi. Ohh... macam tak caya plak.... Tapi doktor kata itu mungkin antara kesan hormon n little bit stress.

1st clomid (1st cycle)

hari 1
Date : 13 Jun 2013
- Darah keluar agak banyak n warna merah kehitaman.... senggugut pun tak rasa sangat.

hari ke 2
Date :14 Jun 2013
-Darah still keluar dengan banyak dan warna merah yang pekat

hari ke 3
Date : 15 Jun 2013
-Darah kurang dari hari sebelumnya
-1st day ambil clomid
-masa : 10.30 pagi & 10.30 malam
kesan:-

hari ke 4
Date: 16 Jun 2013
-Darah keluar kurang dari hari sebelumnya
-warnanya ak cair dari sebelumnya berwarna merah
-2nd day clomid
-masa : 10.30 pagi & 10.30 malam
kesan : mamai sikit

hari ke 5
Date 17 Jun 2013
-Darah masih keluar waktu pagi, cuma spot-spot sahaja. Warna merah pudar ke perangan.
-Hari ke 3 Clomid
Masa_ 10.30 pagi - 10.30 ptg
Kesan: Penig kepala, berpinar-pinar (tekanan darah tinggi)

Hari ke 6
Date 18 Jun 2013
-Darah dah stop kuar. (last day period)
-Hari ke 4 Clomid
Masa:10.30 pagi - 10.30 malam
Kesan: kepala berpinar-pinar, jalan pun tak center sangat. hehehe

Hari ke 7
Date :19 Jun 2013
-Hari ke 5 @ terakhir untuk clomid
Masa:10.30 pagi
Kesan: Kepala pening, berpinar-linar dan x berapa ok... Nk ambik separuh hari jer

Hari ke 12
-jumpe my DR hehehe

Ok, nanti Cek Ya story blk







Rabu, 5 Jun 2013

PMS oh PMS

Salam sejahtera,

Sintom-sintom PMS dah menunjukkan dirinya, adoi ting tong Cek Ya... Sintom PMS Cek Ya nie dah sama mcm sintom orang mengandung. So selalu sangat la disalah tafsirkan.... Sakit pinggang, breast sgt sensitive, sedi-sendi sakit, loya-loya, penig kepala. Kesiankan selalu sgt la kecewa bila wat pregnancy test resultnya negetif. Only 0ne line je yang muncul. Harap-harap satu hari nanti two line yang munculkan... X pe positif-positif.

Oh ya, Cek Ya penah de jodoh dengan two line nie... Masa nak cek LH hormon hehehe,
jadi lakan. X penah tengok two line sendiri punya. Mungkin tue petanda awal untuk two line HcG lakkn...
Amin....

Last period circle Cek Ya de cuba kaedah tradisional untuk kesejahteraan rahim, iaitu minum air rebusan sireh. Alhamdulillah, senggugut tak la macam selalu. Bole dikatakan mcm hari-hari biasa cuma kena salin pad jer. Mudahan terkabul segala harapan..


Rabu, 29 Mei 2013

Confius

Salam sejahtera,

Sejak kebelakangan nie, Cek Ya selalu sangat dok baca blog pasal TTC nie. Almaklumlah diri ini berTTC, dari pembacaan tue. Kebanyakan yang buat rawatan tue akan dikenal pasti masalah sebenar baru la rawatan boleh dijalankan. Dalam kes Cek Ya... Why doktor terus suggest makan clomid...  Confius kot,

Soalan yang berlegar-legar kat kepala Cek Ya nie adalah.

Kenapa doktor tak Cek hormon masa period ke dua macam orang lain tue?

Kenapa doktor tak buat buat HSG untuk kesan samaada tiub fallopio tersumbat atau tak?

Kenapa tak buat sperm count Ceck untuk encik husband?

Apa yang doktor tue buat .....

1. Tanya sejarah perubatan Cek Ya n Husband
2. Scan perut untuk tengok kedudukan rahim, laluan vagina
3. Pap smear termasuk breast scan
4. Bekalkan asid folid
5.Bekalkan clomid untuk dimakan pada hari ke 3 period hingga 5 hari berturut2 dengan 2 biji sehari dan stop. Disebabkan kitaran period Cek Ya yang panjang.

Result yang Cek Ya dapat adalah.......

Every thing is fine  for this time.... Buat stakat nie doktor tak nampak adanya Cycs dan Fibroid. Dan ujian pep smear pun menunjukkan Cek Ya sihat.

Bila di fikirkan balik kalau tiub fallopio tersumbat n sperm count kurang tak guna la makan clomid berbiji-biji sebabnya sperm tak berjaya bersenyawa dalam ovum. Dan jika sperm count kurang peratus persenyawaan akan lagi kurang.

Tapi doktor yang sarankan Cek Ya untuk try ambil ubat kesuburan terlebih dulu kalau gagal beberapa kali mungkin patut cuba kaedah lain sebabnya kos untuk ke kaedah seterusnya pun boleh tahan mahalnya.Tapi setahu Cek Ya clomid nie pun ada hadnya pengambilannya...

Disebabkan period cycle Cek Ya agak panjang 40 hari. Bila di tenung-tenung kalender tu timing tak cantik. Cek Ya kena ambil clomid hari 3 hingga ke 7 pastu. Hari ke 12 cek telur matang tak dan hari ke 14- 16 tentu-tentunya subur. Time nie la plak en husband tak de. So membazirla makan clomid tu.... Telur akan dirangsang dengan kuantiti yang agak banyak... Cuba bayangkan telur kita nie akan sentiasa berkurangan tiap kali datang period. Kan dah membazir telur tue... Lain la lelaki penghasilan sperm sentiasa produktif....

Okla... Nampak gayanya rawatan terpaksa di teruskan selepas hari raya. Nie dah dekat bulan puasa, confirm next n next period jatuh bulan puasa. Jadinya sangat la tak sesuai kan.... Jadinya ikhtiar secara semulajadi...

Selamat Mencuba, Mudahan Allah bersama orang-orang yang berusaha dan bertawakal.