ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 29 Mei 2013

Confius

Salam sejahtera,

Sejak kebelakangan nie, Cek Ya selalu sangat dok baca blog pasal TTC nie. Almaklumlah diri ini berTTC, dari pembacaan tue. Kebanyakan yang buat rawatan tue akan dikenal pasti masalah sebenar baru la rawatan boleh dijalankan. Dalam kes Cek Ya... Why doktor terus suggest makan clomid...  Confius kot,

Soalan yang berlegar-legar kat kepala Cek Ya nie adalah.

Kenapa doktor tak Cek hormon masa period ke dua macam orang lain tue?

Kenapa doktor tak buat buat HSG untuk kesan samaada tiub fallopio tersumbat atau tak?

Kenapa tak buat sperm count Ceck untuk encik husband?

Apa yang doktor tue buat .....

1. Tanya sejarah perubatan Cek Ya n Husband
2. Scan perut untuk tengok kedudukan rahim, laluan vagina
3. Pap smear termasuk breast scan
4. Bekalkan asid folid
5.Bekalkan clomid untuk dimakan pada hari ke 3 period hingga 5 hari berturut2 dengan 2 biji sehari dan stop. Disebabkan kitaran period Cek Ya yang panjang.

Result yang Cek Ya dapat adalah.......

Every thing is fine  for this time.... Buat stakat nie doktor tak nampak adanya Cycs dan Fibroid. Dan ujian pep smear pun menunjukkan Cek Ya sihat.

Bila di fikirkan balik kalau tiub fallopio tersumbat n sperm count kurang tak guna la makan clomid berbiji-biji sebabnya sperm tak berjaya bersenyawa dalam ovum. Dan jika sperm count kurang peratus persenyawaan akan lagi kurang.

Tapi doktor yang sarankan Cek Ya untuk try ambil ubat kesuburan terlebih dulu kalau gagal beberapa kali mungkin patut cuba kaedah lain sebabnya kos untuk ke kaedah seterusnya pun boleh tahan mahalnya.Tapi setahu Cek Ya clomid nie pun ada hadnya pengambilannya...

Disebabkan period cycle Cek Ya agak panjang 40 hari. Bila di tenung-tenung kalender tu timing tak cantik. Cek Ya kena ambil clomid hari 3 hingga ke 7 pastu. Hari ke 12 cek telur matang tak dan hari ke 14- 16 tentu-tentunya subur. Time nie la plak en husband tak de. So membazirla makan clomid tu.... Telur akan dirangsang dengan kuantiti yang agak banyak... Cuba bayangkan telur kita nie akan sentiasa berkurangan tiap kali datang period. Kan dah membazir telur tue... Lain la lelaki penghasilan sperm sentiasa produktif....

Okla... Nampak gayanya rawatan terpaksa di teruskan selepas hari raya. Nie dah dekat bulan puasa, confirm next n next period jatuh bulan puasa. Jadinya sangat la tak sesuai kan.... Jadinya ikhtiar secara semulajadi...

Selamat Mencuba, Mudahan Allah bersama orang-orang yang berusaha dan bertawakal.

1 ulasan:

  1. usaha tangga kejayaan.hehe
    moga berjaya nanti.InsyaALLAH

    BalasPadam