ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 22 Mei 2013

Urut

Salam sejahtera,

Dalam entry yang lepas Cek Ya de tulis pasal antara usaha yang di buat untuk mendapatkan zuriat. Antaranya Urut... Benda nie paling biasa orang buat, bagi Cek Ya walau apa pun caranya patut di cuba selagi tak melanggar syariat islam. InsyaAllah.

Alhamdulillah ramai yang nak bantu Cek Ya dalam perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata sendiri. Ramai gak yang suggest Cek Ya berurut dekat bidan2 or tukang urut yang depa kenal dan ramai yang berjaya pregnant. Rasanya dah 3 orang bidan dan 5 kali berurut. Untuk kali nie Cek Ya nak cuba dengan sorang bidan nie. Namanya Wak Demi, stakat nie dah 2 kali period Cek Ya berurut dengan dia. Sua kali nie gak la dia cakap peranakan jatuh. Kali pertama tu agak teruk katanya. Lasak sangat Cek Ya nie rupanya.... Untuk kali kedua pulak, jatuh gak tapi tak serius macam dulu. Tapi agak menakutkan juga la sebab dalam masa sebulan dah jatuh lagi.

Cek Ya akui agak lasak masa tue, kenduri kawen adik ipar. Memang penat giler, rewang sampai tak ingat... Siap terseliuh lagi tangan gara-gara angkat kuali berat. Tak pela memang Cek Ya niat nak menolong. Kalau bukan Cek Ya sape lagi... Selaku menantu sulung, nie la antara pengorbanan yang dapat Cek Ya buat. Semuanya kerana Allah, mudahan Allah membantu Cek Ya. Aminnn...

Ok sambung balik cerita urut tadi, Cek Ya akan terus berurut setiap kali period. Sebabnya time period nie rahim kita agak lembut dan mudah untuk dibetulkan. lagi pu kalau urut time nie tak la takut2 kalau-kalau keguguran. Yela dah period mesti tak pregnant. Tapi ada gak orang pregnant period kan?

Sekarang nie nenek husband dah suruh berurut dengan dia, nak di tolak pelawaan dia takut terasa pulak. Tapi Cek Ya kesian, nenek dah tua... Takut dia penat dan tak larat nanti.

 Insya Allah... Segalanya diserahkan kepadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan