ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 20 Mei 2013

1st Treatment

 Salam sejahtera,

Setelah berbincang dengan husband, kami ambik keputusan untuk buat rawatan kesuburan kat pusat rawatan swasta. Husband pilih pusat rawatan yang dekat dengan rumah kami. Kami duduk kat area Banting so tak banyak pusat yang ada. Kalau ikutkan Cek Ya nak buat kat hospital kerajaan aje, memandangan kami berdua nie gomen stafkan. Jadi itula kelebihan yang kami ada. Tapi ikut cakap husband. Dia lebih refer kepada swasta, Cek Ya ikut jer. Nasibla IVF Metra ada cawangan di Banting. Search kat internet, rupanya pusat rawatan nie memang specialist untuk rawatan sakit puan. Alhamdulillah, tak la jauh sangat kami nak berulang. Oh ya, kami buat rawatan di Hospital Metro.

Panjang pulak mukadimahnya hehehe... Mula-mula kami jumpe dengan Doktor Chan, setelah dengar masalah kami so dia pun tanya sedikit sebanyak sejarah perubatan kami. Masalah Cek Ya adalah kitaran haid 40 hari. Tapi tue masih dikira normal, cuba lepas kawen nie dia bengong sikit. Pernah sampai 3 bulan. Time tue suspen giler ingat pregy... Tapi tak der rezeki kami lagi. Husband plak ada penyakit darah tinggi tapi terkawal. Mungkin disebabkan stress...

Mula-mula Doktor Chan terangkan prosedur rawatan. Mula-mula dia sarankan kami mulakan dengan pengambilan ubat disamping kesan masalah kami. Doktor Chan nie lelaki ye... Well mulanya agak keberatan tapi bila dia terangkan untuk rawatan seterusnya boleh dengan doktor perempuan. So lega sikitla hati nie....

Scan perut nie, untuk tengok keadaan rahim dan sekitarnya. keputusannya ok, cantik. Saiz jugak normal, tak de syst n fibroid. Masa nie doktor nak buat terus untuk pep smear n breast scan... Tapi Cek Ya nak doktor perempuan. Si isnin lepas aka 20/05/2013 Cek Ya jumpa doktor perempuan. Namanya lupa pulak sape... Keputusannya isnin depan kuar, tapi melalui pengamatannya semua ok, sampai buah pinggan dia scan pun ok. Kedudukan rahim pun ok, lurus. 

Seterusnya buat breast scan pulak... Juruscan tue pun pempuan, dia tanya de tak sejarah ahli keluarga yang ada pertalian darah hidap kanser. Rasanya memang tak de pun.... Breast scan pun ok. Alhamdulillah...

Sebelum balik Cek Ya di bekalkan dengan clomid. Perlu ambik pada hari ke 3 priod hingga hari ke 7. Tujuan untuk meranggang ovari keluarkan telur. Hari ke 12 Cek Ya perlu pergi balik ke hospital untuk tengok perkembangan telur dan proses seterusnya.

Sebelum balik doktor tu pesan.... Minggu nie, minggu subur awak. That mean what??? U need work hard every day. Hehehe Good Luck.... 
Cek Ya akan update lagi pasal TTC kat entry lain erk... Kepada sesape yang senasib dengan Cek Ya, Good Luck dear. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan