ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 20 Mei 2013

Langkah Pertama

Salam sejahtera,

Setelah berfikir semasak-masaknya dengan pertimbangan yang sewajar-wajarnya, Cek Ya ambik keputusan untuk buka sebuah lagi blog. Blog nie untuk share pengalaman Cek Ya sepanjang perjalanan suka duka untuk dapatnya cahaya mata. Bukan tak nak story kat main blog Cek Ya, tapi better Cek Ya abdikan kat satu tempat khas. 

Kadang-kadang kita perlu tempat untuk meluahkan apa yang dirasakan. Cek Ya rasa blog baru nie lebih sesuai. Bukan takat tempat Cek Ya nak meluahkan segala rasa tapi mungkin boleh jadi rujukan dan perkongsian pengalaman kepada orang lain, yang mungkin macam Cek Ya jugak...

Cek Ya baru start buat rawatan kesuburan kat sebuah hospital swasta cawangan di Banting. Sakgn nie perlu lebih agresif kot. Umur pun dah nak masuk 28 hujung tahun nie. Di tampah orang-orang sekeliling yang tak memahani. Sedih gak, tapi nak wat macam nie... mulut orang bukannya boleh tutup.


Ok, next entry Cek Ya sharekan antara usaha yang Cek Ya tengah dan sedang usahakan. Insha Allah... Chayok2 Saleha!!!

LAUCHING A NEW BLOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan