ABOUT LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 3 Oktober 2013

Menanti Puan P

Salam sejahtera, 
Menghitung hari untuk my 1st IUI.... Menunggu bila la puan P nie nak muncul. Kalau nak ikutkan cycle 40 hari. Lagi 2 hari jer, tapi x de tanda2 nak didatangi puan P nie. Sebaik mungkin jaga mental dan fizikal tau.... Lepas HSG hari tue memang x de angkat beberat dah, rehat jer panjang. Demi nak jaga hormon supaya tak terkesan dengan stress. 

Kebiasaannya sintom PMS yang I alami nie selalu di salah tafsir sintom preggy. Selalu jer kalau sintom nie datang dah berangan peggy. Rezeki kami belum ada lagi nampaknya untuk kearah tue. Selalunya 2 minggu sebelum period memang dah dapat signal siap siap. Mula2 payudara akan sakit mcm membengkak. Kemudian badan akan sakit-sakit macam angkat berguni-guni beras 10 kilo. Pas tue pinggang pun mula la sakit macam nak patah jer. Perut kembung memang tak ble nak cakapla. Kalau makan nasi lebih skt jer perut dah macam 4 bulam preggy. Time nie slalu berangan-angan depan cermin. Buat2 macam preggy. Lawak jer rasanya.... Sakit-sakit kat bahagian ari-ari memang sengal-sengal la. Belum lagi pedih ulu hati diikuti dengan mual-mual plak. 

Now sintom tue x kunjung pun... Cuma sengal-sengal badan jer. Tak mo la period nie lambat sangat... Nanti lambat la nak buat IUI. Uwaaa.... Jangan la ting tong balik puan P oiiii. Dah tekat sampai minggu depan kalau tak period gak nak jumpe gynae terus.

Oh ye... Untuk usaha sampingan lain I still makan asid folic dan Alfalfa Shaklee. GLA I makan dari 1st day period sampai hari I subur. Lepas tue tak ambik sebabnya itula cara penggunaan GLA yang betul untuk merancang kehamilan. GLA nie berfungsi untuk menstabilkan hormon kita. Ia akan merangsang pengeluaran telur. Sekiranyanya GLA tetap diambil, sekiranya kehamilan terjadi. Hormon-hormon yang di rangsang GLA akan bertindak balas dengan mengisyaratkan janin sebangai bendasing yang perlu disingkirkan. 

Doakan kejayaan I tau.... I sangat perlukan sokongan  kornag-korang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan